Friday, September 11, 2009

Salah Faham Tentang Ibadah Puasa

Salah faham dalam ibadah puasa khususnya dalam amalan masyarakat Melayu.

Kita berpuasa dengan harapan supaya Allah SWT menerima ibadah kita, tetapi
dalam masyarakat kita banyak
sangat pantang larang semasa berpuasa, buat itu tak boleh buat ini tak
boleh. Kalau buat itu batal puasa,
kalau buat ini batal puasa.

Petunjuk Rasulullah SAW adalah sebaik-baik petunjuk. Sah atau batal sesuatu
ibadah termasuk puasa hendaklah
didasarkan kepada nas yang sahih, bukannya disandar kepada pendapat manusia.
Ulama hanyalah penunjuk jalan
selama tidak bercanggah dengah Quran dan hadits-hasits yang sahih. Agama
hendaklah berdasarkan dalil bukannya
emosi.

1). Menggosok gigi kurang pahala puasa

Dalam masyarakat Melayu menggosok gigi adalah dilarang ketika berpuasa,
kerana akan menyebabkan berkurang
pahala puasa. Sedangkan Rasulullah SAW menggosok gigi dan memerintahkan
umatnya supaya bersugi setiap kali
berwuduk samada ketika bepuasa atau diluar puasa. Sabda Rasulullah SAW :-

”Jika tidak menyusahkan umatku nescaya aku perintahkan mereka bersugi setiap
kali berwuduk” (Riwayat Bukhari
dan Muslim).

Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda:

”Jika tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku perintahkan mereka
bersugi setiap kali hendak bersolat”

2). Menitik ubat ke dalam mata dan telinga membatalkan puasa.

Ada orang yang sakit mata dan telinga terpaksa menanggung kesakitan hingga
waktu berbuka. Tidak boleh dimasuk
kan ubat dan tidak boleh digaru atau dikorek kerana akan membatalkan puasa.
Itulah yang diajar selama ini.

Agama ini sangat rasional. Ia tidak menyuruh kita kesakitan sepanjang hari.
Kita dibolehkan menitiskan ubat
ke dalam telinga atau mata tanpa terbatal puasa. Dalam hadits disebutkan:

Rasulullah s.a.w. bercelak sedangkan baginda berpuasa (riwayat Ibn Majah,
dinilai sahih oleh al-Albani).

Jika memasukkan sesuatu ke dalam mata atau setiap rongga membatalkan puasa,
tentu baginda tidak lakukan.

3). Mandi mengurangkan pahala puasa

Masyarakat Melayu juga dilarang mandi sewaktu berpuasa kerana mengurangkan
pahala puasa. Sesetangah ulama
terlalu melampau apabila ’mengharamkan’ mandi selepas solat asar.

Sedang di dalam hadits yang sahih yang diriwayatkan oleh al- Imam Malik di
dalam al-Mawata’, Ahmad dan
Abu Daud: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat Nabi yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat
Rasulullah s.a.w. di al-‘Arj
(nama tempat) mandi mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda
berpuasa disebabkan dahaga atau
panas.”

Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak mengapa seseorang
mencurahkan air ke atas kapalanya
(ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh
sebahagian sahabat bahawa mereka melihat
Rasulullah di al-‘Arj. (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar
al-Fikr).


Adalah tidak menjadi kesalahan bagi mereka yang berpuasa yang letih atau
kepenatan ketika berkerja mandi
demi menambahkan kesegaran badan untuk meneruskan urusan kerja. Islam
bukanlah agama yang kejam, melarang
umatnya mandi ketika berpuasa.

4). Pahala berbuka dengan air zam-zam

Masyarakat Melayu juga diajar bahawa lebih besar pahala kalau berbuka puasa
dengan air zam-zam. Dakwaan
seperti ini jelas sangat bertentangan dengan hadits-hadits yang sahih.

Antaranya hadits dari Anas katanya:

Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan
beberapa biji rutab (kurma basah),
sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar (kurma kering), dan
sekiranya tiada tamar maka
baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi,
Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis
ini sebagai sahih).

Islam adalah agama yang mudah lagi praktikal. Islam tidak menyusahkan
umatnya, tetapi kita sendiri yang
menyusahkan diri sendiri dengan membuat larangan itu dan larangan ini, yang
sama sekali tidak disandarkan
kepada nas-nas yang sahih.

Islam tidak dibina di atas pendapat manusia (ulama), tetapi pendapat manusia
mesti dibina di atas dalil
Quran dan hadits. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Rasulullah SAW.

Saturday, September 5, 2009

Peristiwa Penting Dalam Kalendar Islam

1. Muharram (29 hari)
  • 1 Muharram - Awal hijrah
  • 10 Muharram - Hari Asyura
  • Hari kematian saidina Hussain bin Ali cucu Rasulullah s.a.w.

2. Safar (29 hari)

3. Rabi'ul Awwal (29 hari)

  • 1 Rabi'ul awwal – Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul
  • 2,3&4 Rabi'ul awwal – Rasulullah bersembunyi di gua Hira'
  • 8 Rabi'ul awwal – Pembinaan masjid quba'(masjid pertama dalam sejarah islam)
  • 12 Rabi'ul awwal – Hari keputeraan Baginda Rasul.
  • 12 Rabi'ul awwal – Hari kewafatan Baginda Rasul.

4. Rabi'ul Akhir (30 hari)

  • Berlaku perang Jamal, perang saudara pertama dalam islam

5. Jamadil Awal (29 hari)

  • 8 Jamadil awal – Hari kelahiran Saidina Ali bin Abi talib

6. Jamadil Akhir (30 hari)

  • 8 Jamadil akhir – Saidina Umar di lantik menjadi khalifah kedua.
  • 20 Jamadil akhir – Tarikh kelahiran Siti Fatimah.
  • 28 Jamadil akhir – Wafatnya Saidina Abu Bakar

7. Rejab (30 hari)

  • 26-27 Rejab – Israk Mikraj

8. Sya'ban (30 hari)

  • 14 Sya’ban – Malam Nisfu Sya’ban
  • 15 Sya’ban – Pertukaran Kiblat dari Masjid Al-aqsa ke Kaabah Masjidul Haram

9. Ramadhan (29/30 hari)

  • 8 Ramadhan Tahun 2 – Perang Badar
  • 10 Ramadhan Tahun Ke 10 – Pembukaan Makkah
  • 17 Ramadhan – Ayat Quran pertama turun di Gua Hira’
  • 17 Ramadhan tahun ke 40 – Pembunuhan Saidina Ali di Kufah

10. Syawal (29 hari)

  • 1 Syawal – Hari Raya Aidil Fitri
  • 5 Syawal Tahun Ke 5 – Perang Uhud

11. Zulkaedah (30 hari)

  • Berlakunya Haji Wida’ Rasulullah bersama 100,000 orang rombongan

12. Zulhijjah (30 hari)

  • 8 Zulhijjah – Hari Wida’ Nabi yang terakhir
  • Akhir Zulhijjah 23H – Saidina Omar mati dibunuh
  • 18 Zulhijjah 23H – Saidina Othman mati dibunuh
  • 27 Zulhijjah 132H – Jatuhnya kerajaan Bani Umaiyyah.

Doa-Doa Harian


Doa untuk kebaikan didunia dan akhirat
Wahai Tuhan kami ! berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka.


Doa untuk penerang hati
Wahai Tuhan ku ! lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah segala urusanku
Dan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku.


Doa untuk mereka yang terdahulu
Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan bagi saudara-saudara kami yg mendahului
Kami dengan beriman dan janganlah Engkau jadikan kedengkian di dalam hati-hati
Kami terhadap orang-orang yg beriman ,wahai Tuhan kami ! sesungguhnya Engkau
Maha pengasih lagi maha penyayang.


Doa untuk mendapat rahmat Allah
fWahai Tuhan kami! Janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah engkau
Memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripadamu
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan. kecemasan


Doa ketika dalam kesusahan dan kecemasan
Tiada Tuhan melainkan Engkau,maha suci Engkau sesungguhnya aku adalah drpd
Golongan orang-orang yg menginaya.


Doa untuk kebahagian sekeluarga
Wahai Tuhan kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami
Pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa.


Doa untuk mendapat petunjuk dan rahmat
Wahai Tuhan kami! Berilah rahmat kepada kami dari sisimu dan sediakanlah
Petunjuk bagi kami dalam urusan kami.


Doa untuk perlindungan dari gangguan syaitan
Wahai Tuhanku! Aku berlindung denganmu dari bisikan syaitan dan berlindung
Denganmu wahai Tuhan dari kehadiran mereka disisiku.


Doa bertawakkal kepada Allah
Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah kami berserah dan kepada Engkaulah kami
Bertaubat dan kepada Engkaulah tempat kembali.Wahai Tuhan kami! Janganlah
Jadikan kami fitnah (terpengaruh atau tunduk) bagi orang-orang kafir dan ampunilah
Bagi kami wahai Tuhan,sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.


Doa ketika menghadapi sebarang kesakitan
Dengan nama Allah aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaannya
Dari kejahatan apa yg aku alami dari penyakitku ini.


Doa husnul khatimah
Ya Allah! Matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau
Tamatkan keatas kami dengan sehodoh-hodoh kesudahan.


Doa selamat
Ya Allah! Kami pohon kepadamu keselamatan pada agama,kesihatan pada badan,
Pertambahan pada ilmu,keberkatan pada rezeki,bertaubat sebelum mati,mendapat
Rahmat ketika mati dan mendapat keampunan selepas mati. Ya Allah
Permudahkanlah keatas kami sakaratulmaut dan terlepas dari api neraka dan
Mendapat keampunan ketika hisab.


Doa hidup dan mati dalam iman
Ya Allah ! hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman
Dan himpunkanlah kami dengan iman dan masukkanlah kedalam syurga
Dengan iman, dengan rahmat mu wahai Tuhan yang pengasih dan penyayang.


Doa selepas wudhu’
fAku mengaku bahawa tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah yg maha Esa
Yg tiada sekutu baginya dan aku mengaku bahawasanya Nabi Muhammad itu
Hambanya dan pesuruhnya . Ya Allah jadikanlah aku daripada golongan orang
Yg bertaubat dan jadikanlah aku dari golongan orang yg berkebersihan.


Doa selepas Azan
fYa Allah ! Tuhan yg mensyariatkan seruan azan yg sempurna dan solat yg akan
Didirikan , kurniakanlah kepada Nabi Muhammad keutamaan dan kelebihan ,
Kemuliaan dan darjat yg tinggi dan limpahkanlah kepadanya
Maqam yg terpuji yg Engkau janjikan.


Doa di waktu Pagi
Ya Allah! Denganmu kami berada diwaktu pagi dan dengan mu kami berada diwaktu
Petang dan denganmu kami hidup dan denganmu kami mati dan kepadamu kami
Dikembalikan.


Doa di waktu Petang
Kami berada diwaktu petang,segala pemerintahan bagi Allah dan segala kepujian
Bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah yang maha Esa yg tiada sekutu baginya.


Doa ketika masuk masjid
Ya Allah! Rahmatilah keatas Nabi Muhammad dan diatas keluarga Nabi Muhammad
Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosa-dosaku dan bukalah bagiku segala pintu-
Pintu rahmatmu.


Doa keluar masjid
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadamu dari limpah kurniaanmu.


Doa ketika menaiki kenderaan
Maha suci Allah yg memudahkan (kenderaan) ini buat kami,padahal tidak
Berdaya bagi kami pada mengadakannya dan sesungguhnya kami kepada
Tuhan kami sekelian kembali.


Doa untuk ibu-bapa
Ya Allah! Ampunilah aku bagi segala dosaku dan dosa kedua ibu-bapaku
Dan kasihanilah kedua mereka sebagaimana mereka memelihara dan
Mendidik ku dimasa kecil.


Doa selamat
Ya Allah! Engkaulah salam(sejahtera) daripada engkaulah datangnya
Kesejahteraan,kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan ,maka
Hiduplah kami dengan sejahtera,masukanlah kami kedalam syurga
Negara yg selamat,Maha berkat Engkau ya Tuhan dan maha tinggi Engkau
Wahai Tuhan yg mempunyai kebesaran dan kemuliaan.


Doa untuk mendapat ilmu pengetahuan
Ya Allah! Wahai Tuhan yg maha mengetahui ,ajarkanlah kami apa yg kami
Jahil,ingatkan kami apa yg kami lupa,tunjukkan kami jalan-jalan yg
Selamat ,lepaskan kami dari kegelapan kepada cahaya,jauhkan kami segala
Kekejian samaada nyata daripadanya mahu pun yg tersembunyi.

Keperluan Berzakat

Firman Allah s.w.t.:
Dan dirikanlah solat,tunaikanlah zakat dan ruku’lah beserta
Orang-orang yang ruku’

(Al-baqarah:43)


Makna Zakat dari segi bahasa :
Zakat dari segi bahasa boleh diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ia juga bererti zakat dan baik, suci dan subur.

Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih; bersih dari sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah.


Makna Zakat dari segi syara':
Zakat dari segi syara' bermaksud nama daripada harta-harta tertentu yang diberikan kepada orang-orang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

Pembayaran zakat dibuat oleh seseorang Muslim dari harta/ pendapatan/ perniagaan/ tanaman/ ternakannya sama ada dalam bentuk wang atau bijian atau ternakan, dengan kadar tertentu (2.5% atau 5% atau 10%) bergantung kepada jenis harta, yang diserah kepada pihak berkuasa yang mengutip zakat, untuk diagih kepada 8 asnaf golongan-golongan yang berhak menerima zakat.


Hikmat Zakat
Tujuan besar mengeluarkan zakat ialah untuk menolong anggota-anggota masyarakat yang susah menderita dan yang berkehendakkan kepada pertolongan -pertolongan material juga menggalakkan orang-orang yang berada supaya sentiasa bersifat pemurah dan suka menolong orang-orang yang susah.

Hikmah-hikmah mengeluarkan zakat ini memanglah banyak.
Di antaranya dapat dirumuskan berikut:
  • Untuk memberi pertolongan kepada orang-orang susah dan fakir miskin.
  • Untuk menjauhkan sifat-sifat bakhil dari orang-orang Islam.
  • Untuk menggalakan orang-orang Islam yang berada supaya sanggup berkorban dengan harta-benda mereka untuk kepentingan masyarakat dan agama.
  • Untuk menguatkan tali persaudaraan di antara orang-orang berada dengan orang-orang yang tidak berada.
  • Sebagai tanda bersyukur di atas nikmat- nikmat yang telah dikurniakan Allah.

Syarat Wajib Zakat:

Syarat-syarat wajib zakat secara amnya empat perkara, iaitu:

  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Sampai nisab, iaitu sampai kadar tertentu bagi tiap-tiap harta yang diwajibkan zakat.

Mengapa wajib zakat:
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Zakat diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan.


Jenis-jenis zakat:

Zakat terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

  • Zakat badan, dinamakan juga Zakat Fitrah.
  • Zakat Harta-benda

Zakat Badan
Nilai semasa zakat badan ataupun zakat fitrah ialah RM3.00 hingga RM5.00 seorang bergantung di negeri masing-masing. Pada kebiasaannya ketua keluarga akan membayar kepada amil di masjid yang berdekatan dalam bulan Ramadhan


Zakat Harta Benda

  • Zakat pendapatan
  • Zakat simpanan
  • Zakat perniagaan
  • Zakat saham
  • Zakat emas
  • Zakat tanaman
  • Zakat KWSP

Penerimaan Zakat
Orang-orang yang berhak menerima zakat ada lapan golongan iaitu:

  • Orang-orang fakir: Orang yang tidak memiliki harta dan tidak mempunyai pekerjaan yang boleh menjamin kehidupannya
  • Orang-orang miskin: Orang yang memiliki harta tetapi tidak mencukupi untuk keperluan hidup
  • Amil-amil: Pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak yang berkenaan untuk memungut zakat
  • Orang-orang mualaf: orang-orang yang perlu dijinakkan hati mereka kerana baru menganut Islam
  • Hamba Mukatab: Hamba yang dijanjikan oleh tuannya akan dimerdekakan jika ia membayar wang kepadanya
  • Orang-orang yang menanggung hutang
  • Untuk kepentingan agama Allah
  • Orang-orang musafir yang terputus perbelanjaan

Thursday, September 3, 2009

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-


Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah
denganNya.....

Wallahua'alam.